Zaman dulu suka order Kuew Teow dia. Kalini order lain pula. Encik husband order Nyonya Curry Mee dan saya pula cuba beef noodle dia. Untuk anak pula order Nasi Goreng Cheese.
Harga semangkuk around RM15, agak mahal juga la berbanding dulu.
Harga semangkuk around RM15, agak mahal juga la berbanding dulu.
Persekitaran tempat ini selesa dan tenang. Makanan juga boleh tahan rasanya. Harga dia je yang tak tahan sikit. Tapi sekali sekala belanja makan untuk famili ok je. Antara tiga menu yang kami order, saya paling suka Nyonya Curry Mee. Memang sangat sedap. Rasa dia "full" dan "complete". Berbaloi dengan harga yang dibayar. Bagi orang yang tak berapa gemar sup berempah, Beef Noodle Soup adalah menu yang sesuai untuk anda. Beef Noodle Soup tidak terlalu berempah tetapi sedap. Kalau nak makan nasi goreng yang agak lain sikit, boleh order Nasi Goreng Cheese, iaitu nasi goreng yang diselaputi cheese diatasnya.
Nyonya Curry Mee
Beef Noodle Soup
Cheese Fried Rice
Sedang menjamu selera
Nanti kita "story" lagi pasal lain2 restoran chinese muslim. Bila ada kelapangan nanti.