Thursday, 19 April 2018

Homst Chinese Muslim Restaurant at Bangi Gateway

Dah beberapa kali pergi ke restoran Homst Recipe ni. Zaman belajar di UKM dulu selalu juga la lepak sini. Aritu tetiba teringat zaman2 bujang sebelum kahwin dulu, so ajak encik Husband makan kat sini. Harga dia agak naik jugak la berbanding tahun 2012-2013 dulu..

Zaman dulu suka order Kuew Teow dia. Kalini order lain pula. Encik husband order Nyonya Curry Mee dan saya pula cuba beef noodle dia. Untuk anak pula order Nasi Goreng Cheese.
Harga semangkuk around RM15, agak mahal juga la berbanding dulu.



Persekitaran tempat ini selesa dan tenang. Makanan juga boleh tahan rasanya. Harga dia je yang tak tahan sikit. Tapi sekali sekala belanja makan untuk famili ok je. Antara tiga menu yang kami order, saya paling suka Nyonya Curry Mee. Memang sangat sedap. Rasa dia "full" dan "complete". Berbaloi dengan harga yang dibayar. Bagi orang yang tak berapa gemar sup berempah, Beef Noodle Soup adalah menu yang sesuai untuk anda. Beef Noodle Soup tidak terlalu berempah tetapi sedap. Kalau nak makan nasi goreng yang agak lain sikit, boleh order Nasi Goreng Cheese, iaitu nasi goreng yang diselaputi cheese diatasnya.


Nyonya Curry Mee


Beef Noodle Soup


Cheese Fried Rice



Sedang menjamu selera


Nanti kita "story" lagi pasal lain2 restoran chinese muslim. Bila ada kelapangan nanti.


No comments:

Post a Comment