Loreal Revitalift Day Cream.
Haritu terima barang untuk uji product dari Home Tester Club, L'Oreal Revitalift Day Cream. Sebelum ni memang dah lama tak pakai day cream. Rasa 'frust' nak pakai day cream sebab bila pakai day cream je mesti naik segala mak nenek jerawat... nyampah. Jadi, bila dapat produk L'Oreal Revitalift ni saya pun cuba saja lah.
Kalau ikut dalam website official L'Oreal, Revitalift Day Cream, ia termasuk dalam kategori pelembab (moisturizer) yang dapat mengurangkan garis kedut di muka (tanda awal penuaan), menganjalkan kulit muka, dan mengembalikan keremajaan. Dalam website official juga ada menyatakan Revitalift Day Cream mampu melembabkan kulit secara pantas dan kulit kelihatan lebih sihat, berseri, lebih cerah, serta kulit kelihatan lebih muda. Revitalift Day Cream dapat melindungi muka dari sinaran UV kerana ia mempunyai SPF23.
(sumber: https://www.lorealparis.com.my/products/skin-care/moisturizer/revitalift-dermalift-day-cream-spf23-50ml)
Setelah 4 bulan pakai cream ni, nampak ada perubahan pada muka. Garis halus kat dahi nampak agak pudar (almaklumlah umur dah mendekati 4 series, garis-garis halus tuh memang dah mula ada.. huhuhu ðŸ˜). Kulit muka nampak lebih 'smooth and supple'. Dan yang paling bagusnya, segala mak nenek jerawat tak naik sepanjang pakai day cream ni. Itu antara kesan baik yang saya nampak selepas pakai 4 bulan.
Ada gak beberapa kelemahan Revitalift Day Cream ni. Bila pakai muka rasa sedikit berminyak. Mungkin sebab muka saya memang jenis banyak minyak.. huhuhu. Saya pula pakai cc cream Mary Kay tanpa pakai compact powder. Tu yang tambah nampak "berkilat" agaknya. Jika jenis pakai compact powder, masalah "berkilat" tu memang takde lah. Sebab compact powder boleh cover kilatan2 cahaya dimuka 😛.
(TEXTURE: The ultra light creamy texture glides onto skin smoothly. Upon application, immediate absorption leaving your skin supple, smooth, fresh without greasy feeling.
USAGE: Use every morning on face and neck after toner and essence. Avoid eye contour.)
Disebabkan masalah nampak berminyak, saya pakai cream ni waktu malam. Bila bangun pagi, lepas cuci muka, kulit nampak lembut dan teranjal. Garis halus pun pudar. Pernah berhenti seminggu pakai cream ni sebab malas nak nampak berminyak, tapi lepas tu garis halus nampak jelas balik. Tu yang tukar pakai cream ni waktu malam pula.
Oh ya, Revitalift Day Cream ni memang fokus untuk tanda awal penuaan dan kulit anjal sahaja ya. Jika anda cari produk untuk masalah pori muka (large pores), kena cari produk lain. Nanti saya buat review untuk pori muka besar pula. Saya pun tengah cari produk untuk kecilkan pori-pori nih.
Bulan lepas, saya beli Klairs Rich Moist Serum. Bila pakai serum klairs ni, masalah nampak berminyak tu agak berkurang. Kesan Revitalift Day Cream ni pun nampak lebih bagus bila pakai kombinasi Klairs Rich Moist Serum. Nanti lah saya buat post lain tentang Klairs Rich Moist Serum pula. Nanti tau... tengah busy nih.
Secara general, saya berpuas hati dengan L'Oreal Revitalift Day Cream ini.
Bye.. Jumpa lagi di post seterusnya... 😄😄😄
........
Yess same la kita pun pakai L'OREAL CREAM DAY JGK... MEMANG PUAS HATI...YE NMPK BRKILAT.. SAYA PAKAI CREAM DAY N CREAM NIGHT JNMA YG SAMA
ReplyDelete