Klairs Rich Moist Serum ni saya pakai selama hampir 4 bulan bermula bulan Jun 2019 hinggalah bulan pertengahan September 2019. Sepanjang penggunaan Klairs serum ni saya tak pakai apa-apa skincare products lain kecuali pencuci muka. Saja buat macam tu sebab nak lihat keberkesanan Klairs serum pada muka saya. Sebelum mula uji Klairs serum ni, saya tak pakai apa-apa produk skincare kecuali pencuci muka. Kulit muka saya jenis kulit “oily to combination skin”.
Sedikit pengenalan tentang Klairs Rich Moist Serum, ia merupakan produk buatan Korea jenama Klairs yang ditubuhkan pada tahun 2009. Produk Klairs fokus kepada menyihatkan dan memulihkan tekstur kulit. Bahan-bahan produk Klairs majoritinya berasaskan bahan semulajadi (contoh Klairs serum berasaskan Centella Asiatica Extract atau dalam bahasa melayunya di panggil daun pegaga).
Sumber: https://www.klairscosmetics.com/klairs-products/rich-moist-soothing-serum/#1527828726407-bcfa54a0-9f0d
Masa mula-mula pakai rasa macam takde apa-apa perubahan. Setelah sebulan pakai, baru nampak perbezaan pada kulit muka. Kulit muka nampak lebih sihat, “glowing” dan “radiant”. Kulit juga nampak lembab dan tidak berminyak. Sebelum ini, kulit saya nampak agak kusam dan tidak bermaya. Semasa menggunakan serum ini, saya tidak memakai produk mekap yng lain walaupun compact powder mahupun cc cream.
Saya suka tekstur serum ini. Teksturnya yang separa gel mudah meresap kedalam kulit. Walaupun kulit saya kategori oily and combination skin, bila pakai Klairs serum ni kulit saya nampak naturally sihat dan tidak berminyak. Berbeza dengan jika saya pakai pelembab kulit yang lain. Pelembab kulit yang saya pernah pakai muka nampak berminyak walaupun pelembab muka itu dikatakan non-oily moisturizer.
Klairs serum ini fokus untuk melembabkan dan memulihkan kulit. Sangat sesuai untuk kulit normal dan combination skin. Kulit jenis oily skin pun boleh pakai serum ni sebab serum ni tidak berminyak.
Walaupun Klairs serum ini bagus untuk memulihkan kulit muka, namun ia tidak mengecilkan pori-pori. Jika anda mahu memulihkan tekstur kulit muka supaya nampak lebih sihat, lembab, dan radiant, Klairs serum ini memang sangat sesuai untuk anda.
Klairs serum boleh dibeli di Lazada, Shopee, Hermo, Sephora, dan kedai-kedai di pasaraya. Harga yang pernah saya survey dalam range RM70-RM90 bergantung kepada kedai dan harga promosi. Tapi jika beli online kena berhati-hati kerana dikhuatiri Klairs serum palsu. Pastikan amda beli di kedai online yng reliable. Lepas habis Klairs serum ni, akan cuba serum lain pula. Saya temgah survey serum yang bukan sahaja memulihkan tekstur kulit muka, malah dapat mengecilkan lubang pori-pori juga.
Jika anda ada cadangan serum yang bagus, sila beritahu saya ya 😊😊..
No comments:
Post a Comment