Thursday 11 November 2021

I am back!!!!! 💃💃💃

 Setahun tak update apa-apa dalam blog ni. Banyak kisah dan perkara yang berlaku sepanjang setahun ni. 


Sepanjang setahun menghilang, kita mula berjinak-jinak dengan tanaman pokok. Almaklumlah, PKP, PKPB, PKPP, PKPK-la-se diri. La ni dah berfasa-fasa pula. Haihhhh....


Antara pokok-pokok yang ditanam adalah pokok misai kucing, pokok kunyit hitam thai, pokok cincau hitam, pokok lengkuas, pokok-pokok bunga, dan macam-macam lagi. Nanti kita update setiap satu pokok ya. Sambil-sambil berhobi tanam pokok, kita jual juga anak-anak pokok. Hobi yang mendatangkan duit.. hahahaha.. 😁😁😁😁..










Thursday 26 November 2020

JJCM Terengganu: Kedai Kopi Jantan, Pantai Mengabang Telipot, Terengganu

Salah satu kedai sarapan yang menarik dekat Terengganu ni namanya Kedai Kopi Jantan (nama owner kedai Che Jantan). Kedai dia bentuk rumah kayu ala2 tahun 80an punya kedai. Bila masuk dalam kedai ni, rasanya macam kembali semula ke zaman 80an.. 💓💓💓

  


Lokasi kedai ni betul2 dekat tepi pantai. Terletak di Kampung Teliput, berdekatan Pantai Mengabang Telipot. Boleh google maps ke "Kedai Kopi Jantan". Kebanyakan pelanggan disini adalah orang tempatan dan nelayan2. kalau nak berjogging pun sesuai kat sini. Berjogging buang lemak sepanjang pantai lepas tu tambah lemak balik kat kedai kopi Jantan 😂😂😂.

 
  
Dalam kedai ni ada jual bermacam kuih muih, laksam, nasi minyak, pulut kelapa, pulut ikan, satay, dan macam-macam lagi. Semua siap bungkus. Murah-murah harganya. Harga makanan disini kebanyakan serendah rm2 ke rm5. Serious murah. Air dia pun sedap dan murah. Tapi macam biasalah, kena minta air kurang manis 😜😜.



Kat sini pagi-pagi ramai orang. Kita beli bungkus je. Pastu kita berpiknik kat tepi pantai. Pantai sini pun ada gak buaian macam kat Pantai Batu Buruk. Lepas habis makan, kita dok berbuai-buai. Dia punya view jangan cakaplah, serious mengujakan..
















Thursday 24 September 2020

Jalan2 Makan Terengganu: Nasi Kerabu Damia, Kuala Terengganu

Nak makan nasi kerabu yang sedap boleh cuba makan dekat Warung Nasi Kerabu Damia. Warung ni tak viral, tapi lagi sedap dari nasi kerabu yang viral. Orang tempatan ramai makan kat sini. Kang kalau viral kang sesak pulak warung ni. Susah orang kampung nak makan karang.. hahahaha. Ayam bakar dan daging bakar dia sedap. Bau daging bakar dia memang meleleh air liur. Solok lada dia pula isi macam nak meletup. Banyak ikan, sedap, dan puas hati. Sayur2 ulam dia pun banyak.




Mee sup dia pun sedap. Kalau tak silap, ni mee celup, tapi saya panggil mee sup aje lah. Kedai ni tak lokek isi. Dalam mee sup dia ada daging, ayam, perut, dan sayur2. Dia letak agak banyak. Saya tak gemar perut lembu so minta dia jangan masukkan perut. 



Teh tarik terbaeekk (kena mintak kurang manis, kalau tak manis leting nanti.. 🤭🤭). Sedap, pekat, melekat. Harga kat sini murah2 je. 



Nak gi sini, waze@google map je ke Warung Nasi Kerabu Damia. Warung ni betul2 sebelah Anees Chalet. Berdekatan pantai. Kalau korang menginap kat anees chalet, senang nak cari makan. Berdekatan dengan Rumah D'Pata. 



Kali kedua datang ke warung ni, kualiti nasi agak kurang. Teh tarik dia pun tak berapa pekat. Agak cair. Mungkin kerana time tu cuti sekolah dan agak ramai orang di warung. Hmmmmm.... 😩😩.. So kesimpulannya, kalau nak rasa yang sedap, kena datang time orang tak ramai.. 



Tuesday 11 August 2020

Nasi Lemak Kukus Terbaik di Pusing, Perak (Warung Pak Nan)

Nasi Lemak Kukus yang popular di Pusing, Perak, orang panggil Warung Pak Nan. 13 July 2020 haritu adik bawak gi sarapan kat sini. Katanya nasi lemak kukus ni dah beroperasi since 1980-an. Dah berpuluh tahun beroperasi. 

Jarak kedai ni lebih kurang 15minit dari pusat ipoh. Nak pergi sini kena pergi awal pagi seawal 7am. Masuk tengahari lauk2 dia dah abis dah. Boleh waze@google map ke Warung Pak Nan (Nasi Lemak Kukus).

Sebaik sampai je ke warung ni, bau nasi lemak terus menusuk hidung. Wangiiii... Perut terus menyanyi2 minta diisi.

Lauk pauk dia sedap2. Murah lak tu. Nasi lemak kukus kosong rm1.70 sepinggan. Harga lauk berbeza2. Saya ambil lauk telur puyuh sambal, sebiji rm0.50.

Orang beratur nak beli nasi lemak pusing nih. Masa tengah makan, ternampak rider Food Panda beratur sekali. Korang2 kat area berdekatan, boleh lah order dekat Food Panda kalau tak berkesempatan nak datang warung Pak Nan ni.

Harga lauk2 memang affordable. Korang boleh tengok harga dia kat gambar bawah ni. Lauk killer dia ayam masak cili dan dan daging masak hitam. Memang sedap.


Rasa nasi lemak dia berlemak, sedap dan penuh rasa. Bau wangi nasi buatkan kita teruja nak makan. Nasi nya pulak tidak melekat dan sebutir2. Sambal dia bagi saya biasa2 sahaja. Kena amik lauk dia baru sedap.





Korang yang dari luar Perak, boleh try order kopi panas dia. Ni la rasa kopi perak.


Kalau guna waze@google map, kena alert bila dah nak dekat dengan warung ni. Kalau tak, nanti korang terlepas simpang. Saya dah terlepas simpang masa pergi dengan husband buat kali kedua..hahaha. 

Best sarapan di sini. Makan nasi lemak kukus yang wangi disamping menikmati suasana kampung Pusing, Perak.








Sunday 19 April 2020

Review: Safi Expert Solution Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation

Safi ada keluarkan produk baru iaitu Safi Expert Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation. Saya telah diberi kesempatan oleh #HomeTesterClub untuk mencuba produk safi yang terbaru ni. Saya dah cuba pakai produk ni selama sebulan dan hari ini saya nak cerita pemerhatian saya sepanjang pakai produk ini..



Set Safi ni sesuai untuk kita-kita yang ada masalah pigmentasi ni. Serabut weh tengok bintik-bintik hitam pigmentasi ni. Dah banyak produk pakai nak hilang kan pigmentasi. Petua-petua tok nenek pun dah try tapi cenggitu gak rupa dia. Jadi bila diberi peluang untuk cuba pakai set ni memang kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan.

Apa benda pigmentasi tu? Bintik hitam kat muka jeragat ni ke yang dipanggil pigmentasi?
Bukan la weh. Jeragat tu bintik-bintik hitam yang disebabkan oleh cahaya matahari, genetik, dll. Orang muda pun ada jeragat. Remaja pun ada jeragat. Dalam bahasa jawa jeragat ni dipanggil 'freckles'.

Freckle - Wikipedia
Jeragat (Sumber Wikipedia)

Pigmentasi tu pulak bintik hitam ataupun kekadang setompok hitam kat muka. Muka nampak pudar dan kusam sebab pigmentasi. Pigmentasi ni selalunya kat kita-kita yang dah sedikit berusia 🙊🙊. Pigmentasi ni berlaku sebab salah guna produk kosmetik, faktor kehamilan, usia, dan pengambilan pil perancang.

How to Treat Irregular Skin Pigmentation - DermaHealth Skin Care ...
Pigmentasi (Sumber mydermahealth.com)

Saya ni dua-dua ada, jeragat ada pigmentasi pun ada. Tak ke serabut kepala nak hilangkan dua-dua jenis bintik hitam nih... huhuhuhu. Bila diberi peluang test produk Safi ni memang betul-betul bagai mengantuk di sorong bantal. Hahahhahaa.. 😁

Mula-mula pakai tu ada gak rasa was-was boleh ke hilang bintik hitam ni dengan pakai set Safi ni. Baru 3-4 hari pakai dah mula nampak perubahan kulit jadi lebih smooth. Time tu rasa happy tapi tengok bintik hitam masih kelihatan lagi kat muka ni. So kita simpan dulu rasa happy tu. Selepas 2 minggu pakai set ni, dah mula nampak bintik hitam pudar sikit. Masuk 4 minggu, kulit muka nampak smooth, supple dan yang paling penting, bintik  hitam pigmentasi dah tak kelihatan dan muka nampak lebih glowing. Kalau tak, suram muram je lah kulit muka ni. Bukan setakat kulit pigmentasi, jeragat pun jadi pudar weh. Kalau tak, susah gak nak hilangkan jeragat yang dah menjadi penduduk tetap sejak remaja kat muka ni. Masuk sebulan, hati berbunga riang tengok perubahan kulit muka yang kebabomm... cewah..


Dalam kotak set Safi Expert Solution ni ada tiga botol. Untuk Step 1 ada dua botol manakala untuk Step 2 ada satu botol.


                                    Step 1: Renewal Hydra Complex
                                    Step 2: Supreme Anti-Spots Complex

Cara pakai dia, lepas mandi mula-mula apply botol Step 1 Renewal Hydra Complex. Best pakai nih. Kulit rasa smooth dan supple. Baru pakai 3 hari dah nampak kulit lembut dan smooth. Tekstur dia cecair yang agak likat. Tak cair macam air dan tak pekat macam madu. Tengah-tengah la. Dia bagi sekali pipette dropper tu. Senang pakai sebab hanya picit sikit jumlah yang kita nak. Kalau botol lain selalu leaking atau terlebih tuang kat tangan. Rugi weh.. dah la mahal.. huhuhu..

Botol Step 1

Lepas apply botol Step 1, apply pula botol Step 2 Supreme Anti-Spots Complex. Botol Step 2 tekstur dia berminyak. So bila pakai botol Step 2, kena letak sikit je kat muka pun dah cukup. Letak banyak-banyak berkilat muka kang. Botol Step 2 ni fungsi dia untuk mengurangkan hyperpigmentation, bagi kulit muka jadi glowing berseri, dan juga dapat mengurangkan garis-garis halus. Korang dah tak payah nak tercari-cari produk anti-penuaan sebab Safi Expert Solution ni memang dah cukup expert untuk settle kan masalah orang-orang yang dah 'cukup matang' nih..😜😜

Walaupun tekstur dia berminyak, tapi takde jerawat melekat kat muka. Kagum juga dengan produk ni. Selalu kalau skincare produk yang jenis minyak-minyak gerenti cik pimple naik... hehe. Bila pakai siang hari jangan lupa pakai primer + compact power untuk bagi kurangkan sikit rupa berkilat muka tu. Kalau kat rumah muka nampak berkilat sikit pun takpe asalkan kulit lepas tu nampak cantik supple and smooth.
Botol Step 2

Masa try pakai produk ni, betul-betul time PKP nak start. Around 15-16 March 2020. Cukup sebulan PKP pakai produk ni. Memang tak pakai la compact powder ke primer ke. Hanya pakai set Safi Expert Solution Intensive Ampoules ini semata-mata selepas mandi.

Untuk design botol, saya bagi 5/5 bintang. Design botol dia mesra pengguna dan dapat berjimat mengikut keselesaan kita. Kita boleh control berapa banyak jumlah yang kita nak. Kalau produk yang pakai botol picit tu boleh terlajak picit. Kalau jenis pipette dropper ni kita boleh picit sikit-sikit dan kawal jumlah cecair yang keluar. Gabungan warna hitam emas juga membuatkan botol dia nampak exclusive.

Untuk keberkesanan produk, saya bagi 4.5/5 bintang. Bukan sahaja pigmentation mengurang, jeragat yang wujud sejak remaja pun boleh mengurang. Dulu pakai bermacam-macam produk tapi tak hilang pun jeragat nih. Paling suka botol Step 1. Lepas apply botol Step 1 kulit rasa lembut je, pori pun nampak mengecil. Botol Step 2 pula untuk hilangkan pigmentasi dan tompok-tompok hitam kat muka nih. Cuma kekurangan dia adalah tekstur dia yang macam berminyak. Tapi jangan risau, walaupun agak berminyak tapi dia tak menjemput jerawat kat muka. No worries bebeh.. 😁. Boleh apply primer + compact powder kat muka sebelum keluar untuk bagi nampak jangan berkilat sangat.. hehe.

Adakah saya akan beli lagi? Yess... kebarangkalian untuk membeli produk ni memang tinggi. Sangat puas hati dengan hasil dia.

Terima kasih banyak-banyak #HomeTesterClub kerana memberi peluang kepada saya untuk mencuba produk Safi yang hebat ini.




Monday 30 September 2019

Review: Klairs Rich Moist Serum

Klairs Rich Moist Serum ni saya pakai selama hampir 4 bulan bermula bulan Jun 2019 hinggalah bulan pertengahan September 2019. Sepanjang penggunaan Klairs serum ni saya tak pakai apa-apa skincare products lain kecuali pencuci muka. Saja buat macam tu sebab nak lihat keberkesanan Klairs serum pada muka saya. Sebelum mula uji Klairs serum ni, saya tak pakai apa-apa produk skincare kecuali pencuci muka. Kulit muka saya jenis kulit “oily to combination skin”.

Sedikit pengenalan tentang Klairs Rich Moist Serum, ia merupakan produk buatan Korea jenama Klairs yang ditubuhkan pada tahun 2009. Produk Klairs fokus kepada menyihatkan dan memulihkan tekstur kulit. Bahan-bahan produk Klairs majoritinya berasaskan bahan semulajadi (contoh Klairs serum berasaskan Centella Asiatica Extract atau dalam bahasa melayunya di panggil daun pegaga).
Sumber: https://www.klairscosmetics.com/klairs-products/rich-moist-soothing-serum/#1527828726407-bcfa54a0-9f0d



Masa mula-mula pakai rasa macam takde apa-apa perubahan. Setelah sebulan pakai, baru nampak perbezaan pada kulit muka. Kulit muka nampak lebih sihat, “glowing” dan “radiant”. Kulit juga nampak lembab dan tidak berminyak. Sebelum ini, kulit saya nampak agak kusam dan tidak bermaya. Semasa menggunakan serum ini, saya tidak memakai produk mekap yng lain walaupun compact powder mahupun cc cream.

Saya suka tekstur serum ini. Teksturnya yang separa gel mudah meresap kedalam kulit. Walaupun kulit saya kategori oily and combination skin, bila pakai Klairs serum ni kulit saya nampak naturally sihat dan tidak berminyak. Berbeza dengan jika saya pakai pelembab kulit yang lain. Pelembab kulit yang saya pernah pakai muka nampak berminyak walaupun pelembab muka itu dikatakan non-oily moisturizer.
Klairs serum ini fokus untuk melembabkan dan memulihkan kulit. Sangat sesuai untuk kulit normal dan combination skin. Kulit jenis oily skin pun boleh pakai serum ni sebab serum ni tidak berminyak.
Walaupun Klairs serum ini bagus untuk memulihkan kulit muka, namun ia tidak mengecilkan pori-pori. Jika anda mahu memulihkan tekstur kulit muka supaya nampak lebih sihat, lembab, dan radiant, Klairs serum ini memang sangat sesuai untuk anda.

Klairs serum boleh dibeli di Lazada, Shopee, Hermo, Sephora, dan kedai-kedai di pasaraya. Harga yang pernah saya survey dalam range RM70-RM90 bergantung kepada kedai dan harga promosi. Tapi jika beli online kena berhati-hati kerana dikhuatiri Klairs serum palsu. Pastikan amda beli di kedai online yng reliable. Lepas habis Klairs serum ni, akan cuba serum lain pula. Saya temgah survey serum yang bukan sahaja memulihkan tekstur kulit muka, malah dapat mengecilkan lubang pori-pori juga.
Jika anda ada cadangan serum yang bagus, sila beritahu saya ya 😊😊..