Monday 30 September 2019

Review: Klairs Rich Moist Serum

Klairs Rich Moist Serum ni saya pakai selama hampir 4 bulan bermula bulan Jun 2019 hinggalah bulan pertengahan September 2019. Sepanjang penggunaan Klairs serum ni saya tak pakai apa-apa skincare products lain kecuali pencuci muka. Saja buat macam tu sebab nak lihat keberkesanan Klairs serum pada muka saya. Sebelum mula uji Klairs serum ni, saya tak pakai apa-apa produk skincare kecuali pencuci muka. Kulit muka saya jenis kulit “oily to combination skin”.

Sedikit pengenalan tentang Klairs Rich Moist Serum, ia merupakan produk buatan Korea jenama Klairs yang ditubuhkan pada tahun 2009. Produk Klairs fokus kepada menyihatkan dan memulihkan tekstur kulit. Bahan-bahan produk Klairs majoritinya berasaskan bahan semulajadi (contoh Klairs serum berasaskan Centella Asiatica Extract atau dalam bahasa melayunya di panggil daun pegaga).
Sumber: https://www.klairscosmetics.com/klairs-products/rich-moist-soothing-serum/#1527828726407-bcfa54a0-9f0d



Masa mula-mula pakai rasa macam takde apa-apa perubahan. Setelah sebulan pakai, baru nampak perbezaan pada kulit muka. Kulit muka nampak lebih sihat, “glowing” dan “radiant”. Kulit juga nampak lembab dan tidak berminyak. Sebelum ini, kulit saya nampak agak kusam dan tidak bermaya. Semasa menggunakan serum ini, saya tidak memakai produk mekap yng lain walaupun compact powder mahupun cc cream.

Saya suka tekstur serum ini. Teksturnya yang separa gel mudah meresap kedalam kulit. Walaupun kulit saya kategori oily and combination skin, bila pakai Klairs serum ni kulit saya nampak naturally sihat dan tidak berminyak. Berbeza dengan jika saya pakai pelembab kulit yang lain. Pelembab kulit yang saya pernah pakai muka nampak berminyak walaupun pelembab muka itu dikatakan non-oily moisturizer.
Klairs serum ini fokus untuk melembabkan dan memulihkan kulit. Sangat sesuai untuk kulit normal dan combination skin. Kulit jenis oily skin pun boleh pakai serum ni sebab serum ni tidak berminyak.
Walaupun Klairs serum ini bagus untuk memulihkan kulit muka, namun ia tidak mengecilkan pori-pori. Jika anda mahu memulihkan tekstur kulit muka supaya nampak lebih sihat, lembab, dan radiant, Klairs serum ini memang sangat sesuai untuk anda.

Klairs serum boleh dibeli di Lazada, Shopee, Hermo, Sephora, dan kedai-kedai di pasaraya. Harga yang pernah saya survey dalam range RM70-RM90 bergantung kepada kedai dan harga promosi. Tapi jika beli online kena berhati-hati kerana dikhuatiri Klairs serum palsu. Pastikan amda beli di kedai online yng reliable. Lepas habis Klairs serum ni, akan cuba serum lain pula. Saya temgah survey serum yang bukan sahaja memulihkan tekstur kulit muka, malah dapat mengecilkan lubang pori-pori juga.
Jika anda ada cadangan serum yang bagus, sila beritahu saya ya 😊😊..

Thursday 13 June 2019

Review: L'Oreal Revitalift Day Cream

Loreal Revitalift Day Cream.

Haritu terima barang untuk uji product dari Home Tester Club, L'Oreal Revitalift Day Cream. Sebelum ni memang dah lama tak pakai day cream. Rasa 'frust' nak pakai day cream sebab bila pakai day cream je mesti naik segala mak nenek jerawat... nyampah. Jadi, bila dapat produk L'Oreal Revitalift ni saya pun cuba saja lah.



Kalau ikut dalam website official L'Oreal, Revitalift Day Cream, ia termasuk dalam kategori pelembab (moisturizer) yang dapat mengurangkan garis kedut di muka (tanda awal penuaan), menganjalkan kulit muka, dan mengembalikan keremajaan. Dalam website official juga ada menyatakan Revitalift Day Cream mampu melembabkan kulit secara pantas dan kulit kelihatan lebih sihat, berseri, lebih cerah, serta kulit kelihatan lebih muda. Revitalift Day Cream dapat melindungi muka dari sinaran UV kerana ia mempunyai SPF23.
(sumber: https://www.lorealparis.com.my/products/skin-care/moisturizer/revitalift-dermalift-day-cream-spf23-50ml)

Setelah 4 bulan pakai cream ni, nampak ada perubahan pada muka. Garis halus kat dahi nampak agak pudar (almaklumlah umur dah mendekati 4 series, garis-garis halus tuh memang dah mula ada.. huhuhu 😭). Kulit muka nampak lebih 'smooth and supple'. Dan yang paling bagusnya, segala mak nenek jerawat tak naik sepanjang pakai day cream ni. Itu antara kesan baik yang saya nampak selepas pakai 4 bulan.

Ada gak beberapa kelemahan Revitalift Day Cream ni. Bila pakai muka rasa sedikit berminyak. Mungkin sebab muka saya memang jenis banyak minyak.. huhuhu. Saya pula pakai cc cream Mary Kay tanpa pakai compact powder. Tu yang tambah nampak "berkilat" agaknya. Jika jenis pakai compact powder, masalah "berkilat" tu memang takde lah. Sebab compact powder boleh cover kilatan2 cahaya dimuka 😛.

       

(TEXTURE: The ultra light creamy texture glides onto skin smoothly. Upon application, immediate absorption leaving your skin supple, smooth, fresh without greasy feeling.
USAGE: Use every morning on face and neck after toner and essence. Avoid eye contour.)

Disebabkan masalah nampak berminyak, saya pakai cream ni waktu malam. Bila bangun pagi, lepas cuci muka, kulit nampak lembut dan teranjal. Garis halus pun pudar. Pernah berhenti seminggu pakai cream ni sebab malas nak nampak berminyak, tapi lepas tu garis halus nampak jelas balik. Tu yang tukar pakai cream ni waktu malam pula.

Oh ya, Revitalift Day Cream ni memang fokus untuk tanda awal penuaan dan kulit anjal sahaja ya. Jika anda cari produk untuk masalah pori muka (large pores), kena cari produk lain. Nanti saya buat review untuk pori muka besar pula. Saya pun tengah cari produk untuk kecilkan pori-pori nih.

Bulan lepas, saya beli Klairs Rich Moist Serum. Bila pakai serum klairs ni, masalah nampak berminyak tu agak berkurang. Kesan Revitalift Day Cream ni pun nampak lebih bagus bila pakai kombinasi Klairs Rich Moist Serum. Nanti lah saya buat post lain tentang Klairs Rich Moist Serum pula. Nanti tau... tengah busy nih.

Secara general, saya berpuas hati dengan L'Oreal Revitalift Day Cream ini.

Bye.. Jumpa lagi di post seterusnya... 😄😄😄
........

Wednesday 15 May 2019

Review: Hiruscar Anti-Acne

Review: Pencuci Muka Brand Hiruscar Anti-Acne


Pencuci muka adalah antara barang wajib bagi seseorang perempuan. Kalau dah habis, memang kena cepat-cepat beli. Masa tengah mencari-cari pencuci muka, terjumpa brand Hiruscar Anti Acne Set. Saya pun tergerak hati untuk beli brand Hiruscar ni. Set Hiruscar terdiri daripada tiga barang anti-acne cleanser, anti-acne spot gel, dan anti-acne serum. Saya beli dua barang sahaja iaitu cleanser dan spot gel.
 Set Hiruscar Anti-Acne
(Source: Hiruscar Official Website)

Brief overview, Hiruscar Anti-Acne merupakan produk keluaran syarikat Medinova dari Switzerland dan dikilangkan di Thailand. Syarikat Medinova sudah berada dalam industri farmaseutikal dari tahun 1945. Medinova adalah member dalam DKSH Group, iaitu Swiss Market Expansion Services Group.

                                   (Source: Hiruscar Official Website)

Menurut sumber dari official website Hiruscar, produk anti-acne ini memang dicipta untuk mengatasi masalah jerawat, blackhead/whitehead, jerawat nasi, dan masalah kulit lain yang kerap kali terjadi jika memiliki kulit berminyak. Ia membantu mengawal pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria, membuang sel kulit mati, dan mengekalkan kelembapan kulit.
Kulit saya memang berminyak dan saya juga adalah masalah jerawat. Saya memang tengah mencari produk untuk anti-acne, bila terjumpa produk Hiruscar ni terus nak cuba... hahahha. Nak fokus kepada cuci muka dan clearkan muka dari jerawat.


Pencuci muka Hiruscar yang saya beli 

Pencuci muka Hiruscar dalam bentuk "pump bottle". Yang bagusnya jika jenis botol macam ni, mudah untuk digunakan dan hygiene terjaga. Yang tak bestnya, jika kita tertekan kuat nanti terkeluar banyak. Susah sikit nak kawal jumlah yang hendak dipakai. Tekstur pencuci ini adalah dalam bentuk clear gel dan kurang berbau. Itu antara ciri yang saya suka tentang Hiruscar ini. Ciri yang lain pula, Hiruscar ini kurang berbuih. Sesetengah orang suka pencuci muka yang banyak buih. Saya tak berapa suka yang banyak buih sebab kebiasaannya yang banyak buih ni banyak bahan kimia.


Bahan-bahan yang terkandung dalam Hiruscar

Saya pakai pencuci muka ni lebih kurang tiga bulan, dari awal bulan Februari sampai hujung bulan April. Selama tiga bulan pakai, dapat rasa sikit perubahan kat muka. Jerawat memang kurang naik especially time "bendera merah". Kalau ada naik pun takat sebiji je, dan kita cepat-cepat letak anti-acne spot gel tuh. Nak kata muka jadi tak berminyak, tak juga. Masih berkilat juga 😆😆 (kena pakai bedak nak cover minyak). Cuma minyak tu memang nampak la berkurang. 

Direction of Use

Harga pencuci muka Hiruscar ni dalam range RM20-RM27. Boleh beli di Watson, Guardian, Lazada, Shopee, dan kedai-kedai farmasi yang lain. Kalau rajin usha semua tempat ni, boleh dapat diskaun sampai RM18 sahaja sebotol. 

Secara keseluruhan, saya suka pencuci muka brand Hiruscar ini. Sesuai untuk kulit muka saya. Minyak kat muka nampak sedikit pengurangan dan muka rasa bersih. Masa mula-mula pakai, rasa macam biasa ja. Tapi bila dah tiga bulan pakai, nampak perubahan muka dari segi kurang jerawat dan kelembapan muka terkawal. 
Oh ya, bukan jerawat je, black head kat hidung pun berkurang. Diawal penggunaan, tak perasan sangat. Bila dah lama pakai, beru perasan black head pun kurang. Nak picit keluar black head pun sangat mudah.

Korang kalau nak rawat jerawat dan black head boleh cuba produk ni. Ada sesetengah review yang saya baca kata mereka tidak gemar pakai pencuci ini sebab rasa macam tak cuci muka. Bagi saya, setelah tiga bulan pakai, saya rasa produk ni memang bagus. Masa cuci memang rasa biasa je, tapi lama-lama akan nampak perubahan kurang jerawat dan minyak di muka.


Notakaki: Ini bukan paid review ya. Saja suka nak buat review kat produk yang kita pernah pakai. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.