Sunday 26 February 2017

Jenis-jenis Bukhoor

Kenapa harga bukhoor berbeza-beza?
Kenapa ada yang mahal ada yang murah?

Sebenarnya bukhoor ni ada pelbagai bentuk, bau dan tekstur. Ada yang macam bentuk coklat, ada bentuk serbuk, ada bentuk kayu, dan ada juga bentuk batu.


Bauan juga berbeza-beza. Ada bau manis, bau bungaan, bau lembut, dan bau keras.

Kebiasaannya, bukhoor berbentuk kayu harganya agak mahal sedikit kerana ia daripada kayu gaharu asli. Bukhoor jenis ini adalah dari kayu gaharu asli yang di rendam dengan pati wangian bunga, resin, amber, dan bahan2 lain. Manakala bukhoor jenis serbuk atau jenis mampat pula adalah campuran dari kayu gaharu dan bahan2 lain (eg: kayu sandalwood, damar, resin).

Bakhoor bentuk serbuk kayu halus

Bakhoor bentuk serbuk

Bakhoor bentuk batu (mampat)

Bakhoor kayu gaharu

Bakhoor bentuk coklat (mampat)


Memana jenis bukhoor pun ok je. Asalkan bau dia wangi.. hahahha

Monday 2 January 2017

Bakhoor @ Bukhoor.. Wangian kayu gaharu

Apa itu bakhoor @ bukhoor?

Orang arab panggil bakhoor, orang kita panggil bukhoor. Ada juga yang panggil dupa @ setanggi @ kemenyan. Bakhoor ni sebenarnya adalah adalah campuran kayu gaharu yang direndam/diresap dengan pati wangian bersama campuran lain seperti damar, ambar, kasturi, cendana, minyak essential dan lain-lain. Bakhoor dijual dalam pelbagai bentuk. Ada yang dalam bentuk cebisan kayu, ada yang dalam bentuk serbuk kayu, dan ada juga dalam bentuk petak-petak.

Contoh bakhoor buatan orang arab:-

     
Jenis botol-botol kaca macam ni kebiasaannya harga dalam lingkungan RM50-RM100


 
Saya pernah cuba bakhoor jenis ini. Sangat sedap bau dia. Suka bau dia.


Bakhoor ni bentuk macam coklat. Patahkan petak2 tu dan bakar. Bau bakhoor black ni agak tajam tapi sedap gak. Harga RM28 sekotak.


    
Bakhoor petak kotak-kotak macam ni memang ada banyak jenis. Harga sekotak lebih kurang RM28-RM35.


Orang arab memang suka bakar bakhoor. Baunya sangat wangi. Baunya juga membuatkan kita teringat-ingat Mekah dan Madinah. Kalau rasa-rasa rindu kat suasana mekah dan madinah, cubalah bakar bakhoor...hehehe.

Bakhoor ni bukan buatan arab je, ada juga bakhoor buatan malaysia. Nanti saya akan buat entri baru berkenaan dengan jenis-jenis bakhoor buatan malaysia pula.


Lets bakhoor-ing guys... 😊😊😊😊