Sunday 26 February 2017

Jenis-jenis Bukhoor

Kenapa harga bukhoor berbeza-beza?
Kenapa ada yang mahal ada yang murah?

Sebenarnya bukhoor ni ada pelbagai bentuk, bau dan tekstur. Ada yang macam bentuk coklat, ada bentuk serbuk, ada bentuk kayu, dan ada juga bentuk batu.


Bauan juga berbeza-beza. Ada bau manis, bau bungaan, bau lembut, dan bau keras.

Kebiasaannya, bukhoor berbentuk kayu harganya agak mahal sedikit kerana ia daripada kayu gaharu asli. Bukhoor jenis ini adalah dari kayu gaharu asli yang di rendam dengan pati wangian bunga, resin, amber, dan bahan2 lain. Manakala bukhoor jenis serbuk atau jenis mampat pula adalah campuran dari kayu gaharu dan bahan2 lain (eg: kayu sandalwood, damar, resin).

Bakhoor bentuk serbuk kayu halus

Bakhoor bentuk serbuk

Bakhoor bentuk batu (mampat)

Bakhoor kayu gaharu

Bakhoor bentuk coklat (mampat)


Memana jenis bukhoor pun ok je. Asalkan bau dia wangi.. hahahha